Pages

Friday, 23 March 2012

Keampunan Dosa

"Saya telah melakukan dosa yang sangat besar. Sehinggakan saya sendiri malu untuk menghadap Allah atas tanggungan dosa saya ini.Adakah Allah bisa mengampunkan segala kesalahan saya?"

"Wahai sahabatku, Allah itu salah satu sifatnya adalah Maha Pengampun. Makanya, pasti setiap dosa kita akan diampuni oleh Allah s.w.t. Dengarkan firman Allah ini yang bermaksud: “Katakanlah Muhammad, wahai hamba-hambaku yang melampau (menzalimi) dirinya, janganlah kamu putus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa semuanya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar, ayat 53) "
Kita disarankan untuk sentiasa bersegera dalam bertaubat serta tidak merasa putus asa atas segala yang kita pinta. Jika ampunan yang kita pinta, jangan berputus harap atasnya.

Bertaubat bermakna kita menyesali sesungguhnya atas kesilapan serta maksiat yang telah dilakukan. Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini daripada mengalirkan airmata ketika memohon ampunan padaNya. Menyedari bahawa kita ini bukanlah bersifat ma'sum seperti Nabi Muhammad, jadi kita perlu senantiasa memohon ampunan. Malulah wahai diri, sedangkan Rasulullah s.a.w sentiasa memohon ampunan dari Allah, apatah lagi kita sebagai manusia biasa ini.
Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin Mas'ud mengenai dosa yang ditanggungnya, adakah boleh bertaubat. Abdullah berpaling daripadanya, kemudian menoleh kembali kepada lelaki itu.

Dia melihat kedua-dua mata lelaki itu berlinangan air mata. Lalu, Abdullah berkata: “Syurga itu ada lapan pintu, semuanya dibuka dan ditutup melainkan pintu taubat, kerana di situ ada malaikat yang ditugaskan supaya tidak menutupnya. Maka beramallah, jangan kamu berputus asa.”


Jangan berputus asa kerana pintu taubat itu terbuka luas untukmu sehinggalah kiamat kelak.

Kalian cuba bayangkan..
Andai di hari kesaksian nanti, segala pancaindera kita menjadi saksi. Mata, tangan, kaki, dan segalanya memberi kesaksian tentang dosa yang kita lakukan.
Apakah selama ini kaki kita digunakan untuk berjalan ke arah kebaikan atau kemaksiatan? Kaki kita diguna untuk melangkah pusat maksiat atau majlis ilmu? Mata yang diguna untuk melihat, apakah dijaga sebaiknya dari memandang yang sesuatu bukan sepatutnya. Segala-galanya akan terzahir di hari kesaksian kelak.
Justerunya, kita mesti bertaubat serta tidak berputus asa denganNya!
Agar kelak, anggota pancaindera mampu menyelamatkan kita atas pengampunan dosa yang kita pinta. segala yang kita lakukan di dunia akan dikira, berapa ramai hati yang kita sakiti setiap hari, berapa banyak dosa lagi kita hendak kumpul sehingga kita dipandang hina di akhirat kelak? berapa banyak lagi maksiat kita hendak lakukan sehingga kita puas? kita tidak akan pernah puas melakukan maksiat. ingat, ajal maut bukan kita yang tentukan. sedarlah.

Rasulullah bersabda:

“Mahukah aku tunjukkan kepadamu hal-hal di mana Allah menghapuskan dosa-dosamu serta mengangkat darjatmu? Para sahabat menjawab: Baiklah ya Rasulullah: Sabda Rasulullah: Menyempurnakan wuduk, menghadapi segala kesusahan, memperbanyak langkah menuju ke masjid serta menantikan solat setelah solat; itulah perjuangan. Itulah perjuangan!

No comments:

Post a Comment