Pages

Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Tuesday, 28 May 2013

Balasan Untuk Setiap Waktu Solat Ditinggalkan

0 comments

“Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu” – Hadis riwayat Attabrani.


Solat merupakan tiang agama kepada semua umat Islam. Mendirikan solat itu telah digariskan sebagai ibadah wajib ditunaikan selepas setiap orang itu telah baligh.

Perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak ialah tentang sembahyang. Jika sembahyang didapati sempurna dan diterima dengan baik maka segala amal yang lain juga akan diterima dengan kiraan yang mudah. Jika sembahyang itu ditolak atau didapati tidak sempurna maka kiraan bagi amal yang lain juga akan ditolak atau dihisab dengan begitu sukar.




Maka bayangkanlah jika ada sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja. Apakah balasan yang akan diterima di akhirat kelak?

Sesiapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu;

* Masuk syurga tanpa dihisab.
* Dihindarkan dari seksaan kubur.
* Dihindarkan dari kesempitan hidup.
* Berjalan di atas sirat bagaikan kilat.
* Diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.

Tetapi, bagi sesiapa yang memandang ringan tentang perlaksanaan untuk bersolat, Allah akan memberi hukuman dengan 15 seksaan;

Ketika di dunia;

1. Dicabut berkat pada umurnya.
2. Dihapus tanda orang soleh pada wajahnya.
3. Amalan yang dikerjakannya tiada pahala.
4. Doanya tidak diangkat ke langit.
5. Tidak mendapat pahala orang solehin.

Ketika mati;

6. Mati dalm kehinaan.
7. Mati dalam kelaparan.
8. Mati dalam kehausan, walau diberi air selautan pun tidak
mencukupi.

Ketika dalam kubur;

9. Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuknya.
10. Dinyalakan api di dalam kubur lalu bermainlah ia di dalamnya siang
dan malam.
11. Didatangi ular `Syuja` yang buta mata dan kukunya dari besi dimana
setiap kuku panjangnya mengambil masa perjalanan sehari.

Ketika hari kiamat;

12. Diberatkan hisabnya.
13. Mendapat kemurkaan Allah.
14. Dimasukkan terus ke dalam neraka.
15. Putus dari rahmat Allah.

Bagi setiap orang Islam yang meninggalkan solat fardhu yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, maka, individu tersebut telah mencampurkan dua perkara iaitu keiimanan dan kekufuran di dalam hidup mereka.

Allah S.W.T telah menetapkan, setiap waktu solat fardhu yang ditinngalkan, Allah S.W.T akan memberikan dosa yang setimpal dengannya. Antaranya;

Subuh : satu fardu yang ditinggalkan Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun. 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia.

Zuhur : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.

Asar : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti meruntuhkan kaabah.

Maghrib : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi perempuan).

Isyak : satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.

Firman Allah S.W.T; “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”

Justeru itu, marilah kita sama-sama mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bertakwa dan berpegang teguh dengan suruhan dan perintah Allah. Setiap kebaikan dan ibadah yang dilakukan, pastinya diberikan ganjaran terbaik oleh Allah S.W.T.

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

Thursday, 2 February 2012

Qada Solat Hukumnya WAJIB

0 comments
Solat ialah suatu kewajipan dalam Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang mukalaf. Allah s.w.t menegaskan hal ini dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Kemudian  apabila kamu selesai mengerjakan solat maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu berasa tenteram (berada dalam keaadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang ditentukan waktunya." (Surah al-Nisa' 3: 103)

Syukur ke hadrat Ilahi yang telah melimpahkan taufik dan hidayah kepada tuan sehingga diberi kesedaran untuk mengqada semula solat yang ditinggalkan dahulu.

Mengqada kesemua bilangan waktu solat fardhu yang ditinggalkan hukumnya adalah wajib. Berusahalah sedaya mungkin melangsaikan "hutang" solat tersebut dan berilah tumpuan khusus dan perbanyakkan masa untuknya.

Adapun jika tidak mengetahui dengan tepat hendaklah diqada menurut bilangan yang paling hampir sangkaan. Hendaklah berusaha memastikan sekadar termampu sekalipun tidak dapat menentukannya dengan tepat.

Meninggalkan solat sama ada terlupa, tertidur atau sengaja, WAJIB BERTAUBAT bersungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. Taubat akan diterima sekiranya memenuhi syarat-syarat iaitu;
1) Berazam tidak akan meninggalkan solat dalam apa jua keadaan,
2) Menyesal atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan,
3) Bertekad tidak akan mengulangi pada masa akan datang.


Jika solat yang perlu diqada terlalu banyak, maka harus ditangguhkan dahulu solat sunat rawatib (solat sunat mengiringi solat fardhu), yakni didahulukan solat qada agar dapat diselesaikan secepat mungkin. Malahan ada ulama yang melarang melakukan solat nafilah walaupun satu rakaat sebelum tanggungan solat wajib diselesaikan secara keseluruhan. (Al-Wasail, jil. 4,hlm.248)

Wajib bersegera dalam mengqada solat menurut sepakat ulama sama ada solat itu terluput kerana uzur ataupun tidak uzur. Menurut pendapat ulama Syafi'iyyah, sunat menyegerakan qada bagi yang terluput  kerana uzur seperti tertidur atau terlupa , dan wajib disegerakan hanya jika terluput solat tanpa uzur. Paling sahih menurut ulama Syafi'iyyah ialah kedua-dua hal di atas harus disegerakan berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku." ( Surah Taha 20: 14).
Sungguhpun begitu, melewatkannya setelah masuk waktu adalah satu kemaksiatan yang wajib dihilangkan dengan menyegerakannya.

Masa untuk mengqada tidak ada batasannya iaitu bila-bila masa hatta waktu haram solat pun boleh dilaksanakan juga. Ini menurut pendapat mazhab Maliki, Syafi'i dan Hanabi.

Wajib mendahulukan qada solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai ( solat pada waktu tersebut ) sekiranya tidak dikhuatiri habis waktunya.

Tetapi sekiranya solat qada yang tertinggal itu kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan qada daripada tunai. Wajib mendahulukan qada solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat yang ditinggalkan dengan uzur. Wajib mendahulukan qada solat yang ditinggalka tanpa uzur dari solat sunat rawatib. Sekiranya solat qada yang ditinggalkan itu kerana uzur, maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat qada daripada solat sunat rawatib.

Disunatkan mengqada solat mengikut tertib waktu solat seperti diqadakan solat Zuhur sebelum Asar dan seterusnya. Malahan tertib itu sunat diberi perhatian walaupun waktu-waktu qada solat itu diselangi atau terputus oleh tempoh masa yang lama.

Hutang tetap hutang. Biarlah kita mengalami sedikit kesusahan demi mengqada solat yang tertinggal, semoga Allah s.w.t menerimanya. Tidak ada daya upaya selain Allah.



Petikan dari Majalah SOLUSI (Isu No.25)
Soal Jawab Solat
Oleh : Ustaz Fadzli Al-Yamani

Wednesday, 18 January 2012

HAKIKAT SEMBAHYANG MENURUT HADIS

0 comments

Hakikat Sembahyang

SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.” :- Riwayat Muslim


Huraian:
  • Agak menghairankan apabila didapati ada orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi masih tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat. Mengapa? Jawapannya adalah kemungkinan besar kerana sembahyang yang dikerjakan itu sebenarnya tidak ikhlas kepada Allah melainkan untuk menunjuk-nunjuk, riyak dan takbur. Sembahyang yang sedemikian ini sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap jiwa dan pembentukan peribadi serta tidak dapat menjamin serta mendinding diri daripada melakukan perkara-perkara negatif dan maksiat.
  • Sesungguhnya sembahyang dalam erti kata yang sebenar ialah sembahyang yang dikerjakan dengan hati yang khusyuk dan menghayati setiap apa yang dibaca. Hasilnya ia berupaya mendidik seseorang kepada pembangunan sahsiah muslim yang sejati. Hal ini bermula dengan berwuduk yang menganjurkan kebersihan tubuh badan serta pakaian, sehinggalah kepada geraklaku dan tatatertib khusus yang perlu diiltizamkan oleh orang yang sembahyang.
  • Sembahyang berjamaah contohnya, mendidik seseorang itu mematuhi seorang ketua yang tidak harus bagi seorang makmum mendahului imam dalam apa jua geraklakunya. Manakala dari hal menjaga saf-saf ketika bersembahyang pula memberikan satu pengajaran tentang kepentingan perpaduan dalam suatu masyarakat yang dipimpin.
  • Selain kebersihan zahir, sembahyang juga mampu melupuskan kotoran dosa yang pernah dilakukan kerana sembahyang merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk setiap hamba mencari pengampunan dari tuhan-Nya. Usaha ini diseiringkan dengan amalan zikir dan doa-doa yang dibaca sewaktu sembahyang di mana ia akan menguatkan lagi hubungan dengan Allah S.W.T. 

Monday, 16 January 2012

IMPAK SOLAT TAHAJUD

0 comments

Dalam sebuah hadis, Rasullullah SAW bersabda bahwa :
“Solat sunnah yang utama setelah solat fardhu adalah solat Tahajud”
(HR. Abu Dawud)


Dalam Al-Quran, Allah SWT juga berfirman :
“Dan pada sebahagian malam hari, bersembahyang Tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-Mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji,” (QS. Al-Isa <17>:79)


Dari referensi tersebut nampak bahawa solat Tahajud merupakan solat sunnah yang istimewa dalam ibadah umat Islam. Pada riwayat lainnya yang shahih dinyatakan bahwa Rasullullah SAW tidak pernah meninggalkan solat Tahajud hingga beliau wafat.


Ditinjau dari aspek realiti, orang yang senantiasa melaksanakan solat Tahajud akan mendapatkan rasa kedekatannya kepada Allah SWT. Selanjutnya, dia akan merasakan ketenteraman batin, kemudahan dalam menjalani kehidupan karana semua hasil akhir dari usaha atau kerja kerasnya selalu diserahkan kepada Allah SWT untuk menentukannya dan dia juga akan mendapatkan keseimbangan kehidupan zahir dan batin.


Dari aspek kesihatan, solat Tahajud dapat membantu kita menyembuhkan penyakit yang kita derita. Dengan melaksanakan solat Tahajud, kita akan mendapat manfaat yang multiple, sebagaimana sabda Rasullullah SAW dalam sebuah hadis :
“Solat Tahajud dapat menghapus dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan dari penyakit,” (HR. Tirmidzi)


Hadis tersebut memberikan dalil yang kuat terhadap adanya hubungan yang mutual antara praktik ibadah malahan dengan alur logika dan pembuktian sains. Fakta membuktikan bahawa ketenangan dapat meningkatkan ketahanan tubuh imunologik, mengurangi risiko terkena penyakit jantung, dan meningkatkan usia harapan hidup. Sebaliknya stres dapat menyebabkan kita menjadi rentan terhadap infeksi, mempercepat perkembangan sel kanser, dan meningkatkan metastatis. 


Dengan demikian secara teori bila kita mengamalkan solat Tahajud, kita pasti mendapatkan kesihatan yang baik secara fizikal dan mental. 

Sunday, 15 January 2012

KAIFIAT SOLAT TAHAJUD

0 comments

Solat Tahajud adalah solat malam (sholatullail). Bila kita dapat senantiasa melaksanakan solat ini, niscaya kita akan selalu dekat dengan Allah SWT dan dimudahkan segala keinginan dan hidup kita.
Rasulullah SAW bersabda:

“ Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat ( waktu. ). Seandainya seorang Muslim meminta suatu kebaikan di dunia maupun di akhirat kepada Allah SWT, niscaya Allah SWT akan memberinya. Dan itu berlaku setiap malam.” ( HR Muslim )

Di Hadits yang lain, Rosulullah SAW bersabda:
“Pada tiap malam Tuhan kami Tabaraka wa Ta’ala turun ( ke langit dunia ) ketika tinggal sepertiga malam yang akhir. Ia berfirman : “ Barang siapa yang menyeru-Ku, akan Aku perkenankan seruannya. Barang siapa yang meminta kepada-Ku, Aku perkenankan permintaanya. Dan barang siapa meminta ampunan kepada-Ku, Aku ampuni dia.” ( HR Bukhari dan Muslim )


Waktu Pelaksanaan Solat Tahajud
Solat Tahajud harus dilaksanakan setelah tidur. Meskipun waktu pelaksanaanya ditetapkan sejak waktu isyak hingga subuh, waktu yang afdhal (waktu utama) untuk melaksanakannya adalah;
1. Sangat utama : 1/3 malam pertama ( Ba’da Isyak – 22.00 )
2. Lebih utama : 1/3 malam kedua ( pukul 22.00 – 01.00 )
3. Paling utama : 1/3 malam terakhir ( pukul 01.00 – Subuh )

Abu Muslim bertanya kepada Abu Dzar : “ Diwaktu manakah yang lebih utama kita mengerjakan solat malam?” Abu Dzar menjawab : “Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW sebagaimana engkau tanyakan kepadaku ini.” Rasulullah SAW bersabda :“Perut malam yang masih tinggal adalah 1/3 yang akhir. Sayangnya sedikit sekali orang yang melaksanakannya.” (HR Ahmad)
Jadi waktu yang paling afdhal sehingga keinginan atau do’a kita ijabah (dikabulkan) adalah 1/3 malam yang terakhir.

Jumlah Rakaat dalam Solat Tahajud
Rakaat dalam solat malam (Tahajud) tidak dibatasi jumlahnya, tetapi paling sedikit dilaksanakan dalam 2 
( dua ) rakaat. Adapun jumlah yang paling utama adalah 11 ( sebelas ) rakaat atau 13 ( tiga belas ) rakaat, dengan 2 ( dua ) rakaat solat Iftitah.
Tata cara (Kaifiat) mengerjakannya yang baik adalah setiap 2 ( dua ) rakaat diakhiri satu salam. Sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah SAW :“ Solat malam itu, dua-dua.” ( HR Ahmad, Bukhari dan Muslim )
Menurut keterangan Said Ibnu Yazid, Nabi Muhammad SAW melaksanakan solat malam 13 rakaat dengan tata cara sebagai berikut :
1) 2 rakaat solat Iftitah.
2) 8 rakaat solat Tahajud.
3) 3 rakaat solat Witir.

Adapun surah yang dibaca dalam solat Tahajud adalah:
1. Pada rakaat pertama setelah surat Al-Fatihah, membaca Surah Al-Baqarah ayat 284-286.
2. Pada rakaat kedua setelah membaca surat Al-Fatihah, membaca surah Ali Imran 18-19 dan 26-27.
Apabila kita belum hafal surah-surah tersebut, maka boleh membaca surah yang lain yang sudah dihafal.

9 KEMULIAAN SOLAT TAHAJUD

0 comments

  1. Dijaga oleh Allah swt daripada beberapa bencana.
  2. Berkat ketaatannya akan Nampak pada wajahnya.
  3. Dia disukai oleh hamba Allah yang soleh dan sesame manusia.
  4. Ucapannya mampu mengeluarkan kata-kata yang penuh hikmah.
  5. Diberi cepat mengingati dan mendapat ilmu pengetahuan.
  6. Dia dibangunkan dari kubur dengan wajah yang putih berseri.
  7. Diringankan hisabnya.
  8. Melalui titian siratulmustaqim bagai kilat yang menyambar.
  9. Diberi buku catatan amalannya melalui tangan kanannya di hari kiamat.


     (Raudhatul Ulama’)