SABDA RASULULLAH S.A.W :
"Apabila umatku telah mengerjakan 15 perkara, nescaya Allah menghalalkan mereka bala"
1. Apabila harta kekayaan telah dimonopoli oleh seseorang (hasil bumi tidak dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.)
2. Apabila amanah telah dianggap sebagai keuntungan.
3. Apabila zakat telah dianggap sebagai cukai.
4. Apabila suami telah tunduk pada isteri.
5. Apabila anak-anak telah menderhaka kepada ibu bapa.
6. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batas.
7. Anak-anak zina banyak dilahirkan.
8. Apabila masjid dijadikan tempat bertelagah.
9. Apabila dipilih satu kaum itu daripada kalangan orang yang paling hina.
10. Apabila menghormati seseorang itu kerana takut akan kejahatannya.
11. Apabila telah ramai orang meminum arak dan ia seperti minuman biasa.
12. Apabila artis disanjung tinggi, pelakon mendapat tempat di hati, model menjadi contoh dan ikutan.
13. Apabila lelaki berbangga dengan kain sutera.
14. Apabila muzik telah menjadi hiburan.
15. Apabila satu umat itu telah laknat-melaknati antara satu sama lain.
Andainya telah berlaku 15 perkara ini, nescaya Allah akan menurunkan bala dalam bentuk tiupan, banjir yang hebat, kemarau yang memeritkan, gempa bumi, peperangan dan sebagainya.
Sama-samalah kita bermunahasabah...
Adakah kita turut tergolong dalam golongan yang melakukan 15 perkara ini???
No comments:
Post a Comment