BACALAH SURAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang
bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan",
iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh
menjadi
kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang
belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang
perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir
membacanya, akan mendapat kesenangan apa
yang dilihatnya.
7. Jika tersesat
boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang
telah meninggal dunia,
Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang
dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang
sakit, terhindar
daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap
sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah
Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan
pahalanya
seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah
s.a.w lagi, "Apabila datang ajal
orang yang suka membaca surah Yassin pada
setiap hari,
turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat
Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,
menyaksikan
ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya".
13.
Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang
yang suka membaca
Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan
dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya
alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam
kubur
dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika
nyawanya
diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa
bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca
pada
rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka.
Allah jadikan setiap
huruf cahaya di hadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan
amalannya di tangan
kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada
ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia
adalah
orang-orang yang munafik.
Untuk renungan semua,
Siapakah
orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti
kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis
senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang
ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna
illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi
Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil
menguki senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah
orang yang bersyukur dengan apa yang
ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia
yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah
orang
tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk -
numpukkan
harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang
sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat
dan
amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang
yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak
yang
baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang
mempunyai rumah yang paling luas adalah orang
yang mati membawa amal-amal
kebaikan di mana kuburnya akan
di perluaskan saujana mata
memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit
lagi
dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang
mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu
kuburnya
menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang
yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni
syurga kelak kerana
telah mengunakan akal sewaktu di dunia
untuk menghindari seksa
neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg
membiar atau membuang email
ini begitu sahaja, malah dia tidak akan
menyampaikan pula
pada org lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka
yang memberi
manafa'at kepada manusia lain...
No comments:
Post a Comment