Petua
Penawar Kepenatan
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas
seharian
sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai
penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum
untuk membuat roti.
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan
kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka
berdua.
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan
bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada
seorang khadam."
Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa
sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan
'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk
Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.
Akan
terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
YANG DAH BACA TU
HARAP KITA SAMA2 SHARE UNTUK MEREKA YANG BELUM BACA :)
No comments:
Post a Comment